Thursday 3 March 2016

Filled Under:

GEMPA BUMI SUMATERA: GEGARAN DIRASAI DI SELANGOR, KOTA BHARU DAN JOHOR.

    GEMPA BUMI SUMATERA: GEGARAN DIRASAI DI  SELANGOR, KOTA BHARU DAN JOHOR.

    March 3, 2016 Berita Sensasi





    BANGI, Khamis – Gegaran sekitar jam 8.50 malam tadi di beberapa tempat di Malaysia, terutama di Selangor adalah akibat daripada gempa bumi berukuran 7.9 skala gempa yang berlaku di barat Sumatera, Indonesia.

    Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini tiada ancaman tsunami di Malaysia susulan gempa bumi itu.

    Pusat gempa ialah kira-kira 808 kilometer ke barat daya Padang pada kedalaman 10 kilometer.

    Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, tiga lokasi iaitu pangsapuri di Petaling Jaya, Shah Alam dan Kajang merasai gegaran ekoran gempa bumi itu.



    “Pihak kami menerima panggilan kecemasan antara pukul 8.54 malam hingga 9.16 malam tadi. Tiga laporan yang diterima daripada penduduk di Flat PKNS di Seksyen 7, Petaling Jaya; Blok A, Seksyen 26/38, Kampung Baru HICOM, Shah Alam dan di Tiara Park Home, Taman Bukit Ria, Kajang.


    “Setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan terus menghubungi bomba untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Selain di Selangor, gegaran juga turut dilaporkan dirasai di Kota Bharu dan Johor Bahru.







    0 comments:

    Post a Comment