Tuesday 8 March 2016

Filled Under:

SEBARKAN..!!! Tahukah Anda Apa Itu Makna Blacklist CTOS dan CCRIS..?? Hutang Masih Belom Dijelaskan..?? Ketahuinya Lebih Lanjut Sebelom Terlambat..!!

    SEBARKAN..!!! Tahukah Anda Apa Itu Makna Blacklist CTOS dan CCRIS..?? Hutang Masih Belom Dijelaskan..?? Ketahuinya Lebih Lanjut Sebelom Terlambat..!!




    Cara semakan nama peminjam blacklist CTOS dan CCRIS .

    Individu yang gagal membuat pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain dengan alasan nama disenaraihitamkan (blacklist) CTOS dan CCRIS dinasihatkan menggunakan saluran yang betul untuk membuat semakan status bagi mengetahui sama ada benar-benar terlibat dengan masalah berkenaan.


    "Apa yang MYsumber lihat di internet ramai individu menggunakan ruangan komen di blog tertentu yang memberi info semakan CTOS dan CCRIS dengan mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti no kad pengenalan".

    Untuk makluman tindakan itu adalah kurang bijak kerana pihak atau admin blog itu tidak dapat membantu anda bagi membuat semakan sama ada nama anda sebagai peminjam atau penjamin disenaraihitamkan melainkan anda sendiri yang berusaha dengan berhubung dengan pihak atau agensi terlibat melalui saluran yang betul.

    Sekiranya anda memberikan butiran penting identiti, contohnya seperti nama penuh, alamat, no telefon, atau no kad pengenalan di ruang komen tersebut, secara tidak langsung ia terdedah kepada umum dan ia akan membuka peluang pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan butiran peribadi dan mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapi oleh anda.

    Terdapat beberapa kes, di mana ada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab akan tampil mengambil kesempatan kononnya untuk menolong menyelesaikan masalah dengan mengenakan bayaran tertentu.

    Dari mana mereka mendapat butiran maklumat untuk menghubungi anda?, salah satunya adalah daripada sikap ambil mudah anda dengan mendedahkan maklumat tersebut seperti yang MYsumber nyatakan sebelum ini.

    Sehubungan dengan itu, anda dinasihatkan berhati-hati dan menggunakan saluran yang betul untuk tujuan tersebut CARA SEMAKAN NAMA PEMINJAM DAN PENJAMIN BLACKLIST CTOS CCRIS Senaraihitam (Blacklist) CTOS Dan CCRIS.

    Senaraihitam (Blacklist) CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan.

    Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat CTOS dan CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk menilai risiko atau meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan.

    Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman yang terdahulu.

    Semakan CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam.

    Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS. CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon.

    Jika ingin membuat semakan CTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS service centre menerusi alamat yang boleh didapati menerusi pautan, http://www.ctos.com.my/contact-us.

    Ataupun secara online melalui laman web rasmi CTOS di pautan, http://www.ctos.com.my/faq maklumat lanjut boleh didapati dalam web tersebut.

    Semakan CCRIS Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan.

    Jika bayaran bulanan ditetapkan oleh pihak bank yang dibuat oleh peminjam mengikut tempoh ‘bayaran cantik’ laporan yang direkodkan dalam data CCRIS itu akan menunjukan dia seorang pembayar hutang yang bagus maka dia tidak akan menghadapi masalah kegagalan sekiranya membuat permohonan pinjaman baharu.

    Jika sebaliknya (rekod bayaran balik pinjaman tidak bagus) peluang untuk peminjam membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana bank berkemungkinan gagal sehingga rekod terbaharu (rekod yang baik) dikemaskini dalam data.

    Rekod CCRIS berkemungkinan boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai bank terbabit. 

    Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia.

    Sehubungan dengan itu, adalah lebih mudah jika anda mengunjungi Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS kerana di Bank Negara Malaysia disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci

    Pautan Sumber: mysumber.com




    1 comments:

    1. Setelah sejam mencari, akhirnya dapat juga maklumat yang senang dibaca. Tahniah kerana menulis dengan penuh keikhlasan.

      ReplyDelete