Friday 4 March 2016

Filled Under:

GEMPAKK...!! LEPAS DAPAT PESAWAT ‘EMAS’, SULTAN JOHOR MAHU TERBANGKAN SENDIRI KE PULAU PINANG CARI NASI KANDAR

    GEMPAKK...!! LEPAS DAPAT PESAWAT ‘EMAS’, SULTAN JOHOR MAHU TERBANGKAN SENDIRI KE PULAU PINANG CARI NASI KANDAR



    Lepas dapat pesawat ‘emas’, Sultan Johor mahu terbangkan sendiri ke Pulau Pinang cari nasi kandar adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia.

    Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Lepas dapat pesawat ‘emas’, Sultan Johor mahu terbangkan sendiri ke Pulau Pinang cari nasi kandar membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.


    Selepas menerima pesawat “emas” baru, Sultan Johor bercadang menerbangkan sendiri jet peribadi Boeing itu ke Pulau Pinang untuk menikmati hidangan tradisi nasi kandar.

    Mengimpikan penjelajahan dunia, Sultan Ibrahim Iskandar juga berharap dapat membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu.

    “Saya ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal,” katanya dipetik laporan mStar hari ini.

    “Saya masih belum merancang perjalanan saya tetapi mungkin boleh terbang ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar,” tambah baginda.

    Pesawat bercat emas dan biru yang berlambangkan negeri Johor di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan itu turut dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi.

    Mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuk 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman, pesawat itu boleh menampung antara 25 hingga 30 orang.

    Katanya, pesawat itu juga akan digunakannya untuk mempromosikan Johor selain membawa bersama-sama pegawai kerajaan baginda.

    Pesawat yang dikatakan milik Tuanku Sultan Johor tiba di Lapangan Terbang Senai. Daulat Tuanku!


    “Saya akan mengikuti latihan simulator di Brisbane sebelum saya terbangkannya,” katanya yang juga seorang juruterbang berkelayakan.

    Pesawat itu akan diletakkan di tempat menyimpan dan menyelenggara kapal terbang bersama beberapa pesawat dan helikopter milik baginda dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim.

    Pesawat Boeing 737-800 itu dilaporkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dari Amerika Syarikat kira-kira pukul 1.30 tengah hari di sini, Isnin.
    Boeing 737-800 berwarna emas adalah pesawat terbaharu DYMM Sultan Johor. Ianya masih berada di Washington.

    Selain pengangkutan udara, Sultan Johor juga seorang pengumpul kenderaan mewah termasuk kereta, motosikal dan trak.

    Baginda sebelum ini memiliki track Mack termahal di dunia buatan Australia yang harganya dianggarkan RM1.5 juta.




    0 comments:

    Post a Comment